Pages

Sunday, November 17, 2013

  
  • Marina ChinMarina Chin
 1 / 4 
NAMA Marina Chin tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena sukan ranah air. Meskipun lebih 30 tahun berlalu, lagenda yang mencipta gelaran ratu pecut dan lari berpagar dalam sukan olahraga ini meraih banyak rekod sukan yang mengagumkan.

Pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil ini tidak pernah terduga bakal terlibat dalam dunia sukan sekali gus menyandang gelaran olahragawati Malaysia, namun, menyedari diri berkebolehan dalam bidang ini, beliau memutuskan untuk memanfaatkan zaman remajanya demi mengharumkan nama negara.

Dalam masa sama, keghairahan mengejar cita-cita sebagai cikgu tidak pernah luntur dan dikejar, meskipun terlalu sibuk dengan jadual latihan sukan dan pertandingan.
"Penglibatan dalam sukan telah membantu dalam pembangunan karakter saya. Sebelum menceburi bidang sukan, saya pemalu. Sukan mengajar saya pelbagai nilai murni yang tidak dapat dipelajari daripada buku sahaja.

“Cita-cita dan tanggungjawab kepada negara berjalan seiring. Saya gembira kerana saya memperoleh kedua-duanya. Sebab itu, selepas mengambil alih sebagai pengetua saya terapkan nilai keseimbangan antara sukan dan akademik kepada pelajar-pelajar." kata bekas cikgu Pendidikan Jasmani dan Bahasa Inggeris ini.


Cabaran tadbir sekolah sukan

Sistem pembelajaran sekolah sukan sama seperti sekolah biasa yang menyenaraikan mata pelajaran wajib. Mereka diberikan fleksibiliti menerusi pembelajaran berdasarkan modul, di mana pelajar boleh membawa modul itu ke mana-mana mereka pergi termasuk ketika latihan atau temasya luar negara.

Ternyata, pendekatan diambil Marina membolehkan 467 pelajarnya menyusun waktu belajar lebih sistematik.

“Waktu belajar juga fleksibel. Pada malam Isnin, Selasa dan Rabu ada kelas malam dari jam 8.30 hingga 9.50 malam. Sabtu Ahad juga akan ada kelas gantian.

Pelajar yang terlibat dengan kejohanan pula akan diberi kelonggaran mengambil peperiksaan sebelum atau selepas kejohanan. Tiada pengecualian. Malah, sekiranya kejohanan di luar negara, pihak sekolah akan aturkan guru untuk pergi ke tempat latihan mereka agar tidak ketinggalan dalam pelajaran,” katanya.


Anugerah sukan dan akademik peringkat sekolah

Ditanya bagaimana beliau mendorong para pelajarnya memperoleh keputusan cemerlang dalam kedua-dua bidang, Marina berkata, sekolah menyediakan anugerah bulanan dan tahunan.

“Sekolah juga bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengadakan majlis Anugerah Gemilang yang diadakan setiap tahun.” katanya.

Bagi pelajar yang mewakili Malaysia dan wakil negeri dalam Sukan Malaysia (SUKMA) juga diberikan ganjaran lain. Bagi Marina, ini adalah perubahan mengikut zaman.

“Zaman saya dulu semuanya sendirian berhad. Nak pergi latihan pun kena duit sendiri. Inisiatif sendiri. Tapi semangat bersukan tu tinggi jadi kami tak pentingkan soal kewangan. Selagi boleh sara sendiri, saya sara diri sendiri. Ada masanya bapa turut membantu. Pada zaman sekarang tak boleh.

" Saya ingin berterima kasih kepada jenama korporat seperti MILO kerana banyak memberi sumbangan kepada kanak-kanak Malaysia untuk berjaya dalam bidang sukan.Sokongan yang diberikan oleh MILO turut membantu membakar semangat pelajar kami untuk terus berjaya dalam sukan,” sambungnya.


Zaman kanak-kanak paling indah

Berkongsi cerita di zaman kanak-kanaknya, Marina dengan mesra berkata, beliau bercita-cita menjadi cikgu dan kerana itulah sejak kecil, beliau selalu menjadi cikgu kepada kawan-kawan sekampung di Sentul, Kuala Lumpur.

“Masa kecil saya memang tomboi sedikit. Tubuh badan saya tinggi dan besar dari rakan sebaya dan budak lelaki. Waktu petang kami selalu main cikgu-cikgu dan saya akan jadi cikgu untuk ajar budak-budak lain. Lepas main cikgu-cikgu kami main lumba lari. Masa tu kawan-kawan perempuan tak lari sepantas saya jadi saya selalu bersaing dengan budak-budak lelaki. Kami berlari dari satu pokok ke satu pokok untuk lawan siapa menang,” katanya disusuli ketawa.

Ternyata, kenangan zaman kanak-kanaknya begitu manis untuk dikenang. Begitu juga zaman remaja yang mana sebahagiannya dimanfaatkan dengan memenuhi jadual latihan. Semangat dan keinginan untuk mengharumkan nama negara itu menjadi matlamatnya yang paling utama.

“Terus terang sebagai atlet Malaysia saya amat serius dengan sukan. Saya sanggup korban banyak perkara termasuk pergaulan dengan kawan-kawan. Saya tak ada teman lelaki. Dan saya tak ada masa nak layan orang yang kacau-kacau saya.

“Selepas tamat tingkatan lima saya menyambung pengajian di Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur sebelum mengajar di Sekolah Menengah Perempuan Jalan Ampang pada 1976.

“Ketika itu saya masih ingat, saya mengajar sesi petang jadi sebelah pagi saya akan naik dua bas dari Sentul ke Kampung Pandan untuk sesi latihan berlari. Saya mandi dan bersiap di sana kemudian naik dua bas lagi untuk ke sekolah di Ampang. Begitulah rutin harian saya sehingga bapa belikan kereta pada tahun kedua saya jadi cikgu.


Berhenti jadi atlet?

Ditanya adakah gelaran atlet telah memberikan pengaruh besar kepada pelajar-pelajarnya, Marina berkata, ia pernah berlaku

“Saya mengajar Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani. Semasa saya menang pingat di Sukan Sea 1977, saya disambut dengan sebilangan pelajar perempuan  memotong rambut ala rambut saya. Saya betul-betul terharu dan tak sangka ada kelab peminat,” katanya

Pemilik wajah cantik yang menjadi rebutan ramai jejaka ini dikhabarkan tidak lagi meneruskan karier selepas melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat pada 1980, Marina bagaimanapun menafikan.

“Saya masih training dan wakil universiti. Pada 1980 sepatutnya kita pergi ke OLIMPIK tapi Malaysia boikot sebab Rusia masuk Afganistan jadi tak balik Malaysia untuk sebarang kejohanan besar. Pada 1981 saya ke Jepun dan mewakili Malaysia dalam Asia Track & Field dan dapat pingat emas dalam 4 x 400 meter. Kerana alami kecederaan saya tak dapat masuk sukan SEA,” kata graduan Sarjana Muda Sains dan Sarjana Kesusasteraan bidang Pengurusan Sukan ini dari Ohio State University ini.

Marina menyumbang khidmatnya di Kementerian Pendidikan, selain terlibat sebagai aktivis dalam usaha memartabatkan sukan Malaysia.

Pesanan Marina kepada pelajar-pelajar agar sentiasa konsisten dan tidak perlu memilih antara sukan dan pelajaran.

“Lakukan kedua-duanya dengan keyakinan dan pengorbanan tinggi. Saya yakin anda mampu mengembalikan kegemilangan Malaysia dalam sukan sepertimana suatu ketika dahulu,” katanya.

INFO PENCAPAIAN

- March 1972, Marina memperbaharui rekod kebangsaan acara 200 meter dengan catatan 26.6 saat, 0.2 saat mengatasi rekod lama pada Kejohanan Allcomers Persatuan Olahraga Amatur Selangor di Stadium Merdeka.

- Pingat Perak lari berpagar 400 meter Kejohanan Olahraga Asia di Seoul, Korea Selatan.

- September 1972 sekali lagi memperbaharui rekod kebangsaan, acara lari berpagar 100 meter dengan catatan 15.2 saat, serta acara 400 meter lari berpagar dengan catatan 64.9 saat di Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura.

- Meraih emas acara 100 meter lari berpagar dengan catatan 15.3 saat Kejohanan Olahraga Jemputan Filipina di Manila.

- Memperbaharui rekod kebangsaan dengan catatan 28.4 saat dalam acara lari berpagar 200 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Alor Star, Kedah pada Ogos 1976.

- Dinobatkan selaku Olahragawati Kebangsaan dan Selangor untuk dua tahun berturut-turut, 1976 dan 1977.

- Sukan Sea 1977, Marina meraih emas berganda acara 100 dan 200 meter, dan hampir menyamai pencapaian sifunya, M Rajamani dengan meraih emas ketiga jika tidak gara-gara kerana kesilapan pengadilan.

- Pada 1979 pula, gandingan Marina bersama Saik Oik Cum, V.Angamah dan Zaiton Othman menghadiahkan Malaysia pingat Perak acara 4x400 meter pada Kejohanan Antarabangsa Trek & Padang Asia Tokyo.

- Emas acara lari berpagar 100 meter, dan 4x400 meter pada Kejohanan Sukan Sea ke-10 Jakarta.


http://www.sinarharian.com.my/personaliti/marina-manfaat-sukan-zaman-remaja-1.221724

Tuesday, July 2, 2013

ASEAN SCHOOLS GAMES 2013



2 July 2013

Yen Mei bags gold in ASEAN meet in Hanoi
KUALA LUMPUR: Youngster Ho Yen Mei got a timely boost ahead of the Asian Junior Championships when she nailed the girl’s singles title in the ASEAN Schools Games at Hanoi, which ended on Sunday.

Yen Mei, an aspiring badminton shuttler from Bukit Jalil Sports School (BJSS), staved off strong resistance from compatriot Yap Rui Chen 21-19, 17-21, 21-14 in the final.

She will now head to Sabah with extra impetus to show that Malaysia have talents in the girls singles department when she takes part in the Asian Junior meet starting on July 7. Malaysia have never featured in the final of the girls’ singles event.

The 17-year-old Yen Mei will be joined by five other singles shuttlers — Rui Chen, Sylvia Kavita Kumares, S. Kisona, Lee Zii Yii and Lee Ying Ying for the Asian junior meet.

Meanwhile, in the Asean Schools Games, Malaysia also won another gold medal in badminton through the boys’ doubles Chua Khek Wei-Mohammad Amzzar.

Malaysia returned home from the ASEAN meet with a medal haul of 25-30-30 to finish second overall behind champions and hosts Vietnam. Vietnam ended the Games with a massive haul of 50-27-23 to top the eight-country field.

Besides badminton, the other sports contested were aquatics, athletics, basketball, volleyball, table tennis, sepak takraw, pencak silat and artistic gymnastics.

Tuesday, June 18, 2013

100PLUS NATIONAL JUNIOR CIRCUIT GRAND PRIX FINALS 2013

PRESTASI ATLET SSBJ

Tarikh: 12 - 16 Jun 2013
Tempat: Kompleks SUKPA, Kuantan, Pahang


Kategori Umur B-14 tahun
 
Perseorangan Lelaki  Johan: Leong Jun Hao
Naib Johan: Chia Wei Jie
Ketiga: Sim Fong Hau
Ketiga: Rooben Raj V.
   
Perseorangan Perempuan  Johan:
Naib Johan: Toh Ee Wei
Ketiga: Pearly Tan
Ketiga: Eoon Oi Xuan
   
Bergu Lelaki Johan: Leong Jun Hao & Rooben Raj
Naib Johan:
Ketiga: Chia Wei Jie & Lim Chong King
Ketiga:
   
Bergu Perempuan Johan:
Naib Johan: Pearly Tan & Ng Wan Win
Ketiga: Seah Lin & Wong Kah Yan
Ketiga: Toh Ee Wei & Yap Ling
Kategori Umur B-16 tahun
 
Perseorangan Lelaki  Johan: Satheishtharan
Naib Johan: Tan Teck Han
Ketiga: Aaron Chia
Ketiga: Tan Jia Wei
   
Perseorangan Perempuan  Johan: Kisona S.
Naib Johan: Thinaah M.
Ketiga: Lee Ying Ying
Ketiga: Yap Yee
   
Bergu Lelaki Johan: Chen Jia Huo & Goh Tze Fei
Naib Johan: Sim Guo Zheng & Tan Jinn Hwa
Ketiga: 
Ketiga:
   
Bergu Perempuan Johan: Kisona S. & Lee Ying Ying
Naib Johan: Anna Cheong & Tew Jia Jia
Ketiga: Eng Pui Yee & Thinaah M.
Ketiga: Ooi Shi Han & Yap Yee
Kategori Umur B-18 tahun
 
Perseorangan Lelaki  Johan:
Naib Johan:
Ketiga: Zairul Nizam Zainuddin
Ketiga:
   
Perseorangan Perempuan  Johan: Ho Yen Mei
Naib Johan:
Ketiga: Lee Zii Yii
Ketiga: Yap Rui Chen
   
Bergu Lelaki Johan:
Naib Johan: Eric Jong & Ng Di Hua
Ketiga: Chua Khek Wei & (Woon MC)
Ketiga:
   
Bergu Perempuan Johan:
Naib Johan: Goh Yea Ching & Peck Yen Wei
Ketiga: 
Ketiga:

100Plus National Grand Prix Finals

 The Star Online

Tuesday June 18, 2013

Kisona stays focused ahead of Asian Junior Championships


KUALA LUMPUR: Young shuttler S. Kisona looks like any other ordinary Indian girl but when she speaks, she makes heads turn with her fluent Mandarin.

“Yes, I do get those surprised looks,” giggled the 15-year-old Kisona.

“I studied at the Yuk Hua Primary Chinese School in Jelebu, Negri Sembilan and so naturally, I speak the language. In fact, I converse in Mandarin with my three siblings at home and with most of my team-mates in Bukit Jalil Sports School (BJSS) too. Knowing Mandarin does help to build stronger camaraderie in the team.”

Kisona is one of the promising girl singles players in BJSS and on Sunday, she underlined her talent by winning two titles – the Under-16 singles and doubles events in the 100Plus National Grand Prix Finals. She won the doubles with Lee Ying Ying.

She had also swept a double in the Under-14 category in the GP Finals last year.

For her consistent performances, she won the right to represent the country in the Asian Junior Championships from July 7-14 at Kota Kinabalu, Sabah. She will be joined by Ho Yen Mei, Yap Rui Chen, Lee Zi Yii, Sylvia Kavita Kumares and Lee Ying Ying.

If all goes well for Kisona, the slender policeman’s daughter may be able to arrest one of the current problems in the Badminton Association of Malaysia (BAM) – the lack of quality women singles star coming through the ranks.

Kisona wants to make it big but she realises that she needs to be disciplined and diligent.

“I am very focused in my badminton career now. I have been playing in many junior tournaments to sharpen my game and I do hope to become a top player one day,” said Kisona, who admires and aspires to be like India’s Saina Nehwal.

In fact, since coming under the charge of Indonesian Rony Agustinus in April, Kisona has shown improvement. She won the girls’ Under-16 and Under-18 titles in the Thailand International in Trang.
Her strong supporters and motivators are her parents –Selvaduray and Valarmathi.

“My father is a policeman and he is strict. He has encouraged me since I took up the sport when I was four years old. And when I first won a title in the National Close as a Standard Two student, I knew, this was the direction that I wanted to take,” said the Form Three student.

“Currently, juggling between studies and sports is a challenge because I am hardly here. I am going to the Asean School Games next (in Hanoi from June 22-30) but my ultimate goal is to do well in my second Asian Junior championships. If I do well, I have better chance of representing the country at the World Junior championships (in Bangkok from Oct 23-Nov 7),” she added.

For the record, last year, Malaysia had only one representative in the final of the Asian Junior meet but Soong Joo Ven lost to Kento Momota of Japan in the final of the boys’ singles and failed to defend the title won by Zulfadli Zulkifli in 2011.

Saturday, April 6, 2013

GERMAN JUNIOR


SEMI FINALIST
  • Soong Joo Ven (Men's Single)
  • Ho Yen Mei (Women's Single)
  • Darren Issac and Ong Yew Sin (Men's Double)
QUARTER FINALIST
  • Yap Cheng Wen and Chua Khek Wei (Mix Double)
  • Joyce Choong Wai Chi and Darren Issac (Mix Double)
  • Soo Teck Zhi and Cheam June Wei (Men's Double)
  • Chua Khek Wei and Woon Mun Choon (Men's Double)

Dutch junior international

Dutch Junior International


CHAMPION

  • Chua Khek Wei and Woon Mun Choon (Men's Double)
RUNNERS UP
  • Ho Yen Mei (Women's Single)
  • Yap Cheng Wen and Joyce Choong Wai Chi (Women's Double)
SEMI FINALIST
  • Soong Joo Ven

Saturday, March 9, 2013

Pencapaian 2012



  • 13 orang atlet telah dipilih mewakili remaaja Malaysia ke Kejohanan 'Vietnam International Challenge' di Vietnam.
  • 6 orang atlet telah dipilih mewakili pasukan remaja Malaysia ke Kejohanan Terbuka Vietnam di Ho Chi Minh City, Vietnam
  • 2 orang atlet dipilih mewakili pasukan remaja Malaysia ke Kejohanan 'Indonesia International Challenge' di Surabaya, Indonesia
  • 6 orang atlet telah dipilih mewakili pasukan remaja Malaysia ke Kejohanan Piala Walikota Surabaya di Surabaya, Indonesia
  • 10 orang atlet telah dipilih mewakili Remaja Alfaemart Indonesia di Jakarta, Indonesia
  • 19 orang atlet telah dipilih mewakili pasukan remaja Malaysia ke Kejohanan 'Singapore International Series' in Singapura
  • 35 orang atlet telah dipilih mewakili pasukan remaja Malaysia ke Kejohanan 'Singapore Youth International' di Singapure
  • 32 orang atlet telah dipilih mewakili pasukan remaja Malaysia ke Kejohanan Terbuka Malaysia (GP Gold) di Alor Setar, Malaysia
  • 6 orang atlet telah dipilih mewakili pasukan remaja Malaysia ke Kejohanan Remaja Terbuka German di Berlin, Germany
  • 6 orang atlet telah dipilih mewakili pasukan remaja Malaysia ke Kejohanan Remaja Terbuka Belanda di Harleem, Belanda dan 2orang menjadi Johan (Bergu Wanita)
  • 4 orang atlet telah dipilih mewakili pasukan remaja Malaysia ke Kejohanan Remaja Asia (Mixed Team) di Lucknow, India dan berjaya menjadi Naib Johan
  • 23 orang atlet telah dipilih mewakili pasukan remaja Malaysia ke Kejohanan Remaja (Bawah 15 & Bawah 17 Tahun) Asia di Chiba, Jepun
  • 7 orang atlet telah dipilih mewakili pasukan remaja Malaysia ke Kejohanan Remaja Dunia di Taiwan dan 5 pemaian wanita berjaya mendapat pingat Emas untuk acara berpasukan
  • 54 orang atlet telah dipilih menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Pompui di Trang, Thailand. Mereka berjaya mendapat 2 pingat Emas, 3 pingat Perak dan 5 pingat Gangsa
  • 3 orang atlet telah dipilih menyertai Kejohanan Sukan Remaja Komanwel di Isle of Man dan berjaya mendapat 2 pingat Emas
  • 19 orang atlet telah dipilih mewakili pasukan negeri masing-masing dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia
  • 6 orang atlet telah layak untuk Kejohanan GP Kebangsaan (Akhir) dan dua orang masuk pusingan separuh akhir
  • 61 orang atlet telah layak untuk Kejohanan Remaja Kebangsaan (Akhir) di Bukit Kiara
  • 50 orang atlet telah mewakili pasukan negeri masing-masing untuk Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan (Antare Negeri). 6 orang berjaya mendapat pingat Emas dan 3 orang pingat Perak
  • 50 orang atelt telah dipilih menyetai Kejohanan Badminton Terbuka Kuala Lumpur (Sirkit Kebangsaan) di Cheras, Kuala Lumpur. Mereka berjaya mendapat 4 Johan & 4 Naib Johan
  • 53 orang atlet telah dipilih menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Kedah (Sirkit Kebangsaan) di Alor Setar, Kedah. Mereka berjaya mendapat 2 pingat Emas, 2 pingat Perak dan 8 pingat Gangsa
  • 6 orang atlet telah dipilih menyertai Kejohanan Badminton Terbuka PBVKL-Axel 2011 di Kuala Lumpur dan berjaya mendapat 4 pingat Emas
  • 16 orang atlet telah mewakili pasukan Malaysia ke Karnival Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) di Singapura dan berjaya memenangi 2 pingat Emas, 2 pingat Perak dan 4 pingat Gangsa
  • 59 orang atlet telah mewakili pasukan MSS negeri masing-masing dalam Kejohanan Badminton MSSM dan berjaya mendapat 8 pingat Emas, 7 pingat Perak dan 12 pingat Gangsa 

Woon all smiles after reaching All-England q-finals with Vivian

http://thestar.com.my/sports/story.asp?file=/2013/3/9/sports/12814206&sec=sportsGunning for more ranking points: Vivian Hoo (bottom) and Woon Khe Wei will play Miyuki Maeda-Satoko Suetsuna of Japan for a place in the semi-finals.

THERE was a sparkle in Woon Khe Wei’s eyes after reaching her first-ever All-England quarter-finals.

It was her best result since hurting her ankle in January last year. The injury made her a bench-warmer for the most part of the year.

On Thursday, however, she was on fire as she combined superbly with Vivian Hoo to knock out fourth seed and world No. 7 Eom Hye-won-Jang Ye-na of South Korea 21-13, 17-21, 21-17 in 66 minutes in the women’s doubles.

The breakthrough has given Khe Wei and Vivian a big boost in their bid to qualify for this year’s World Championships in August.

Khe Wei, who welcomed the breakthrough as an early birthday present, was overjoyed.

“Vivian and I played well to reach our first Super Series quarter-finals after a year – and to do it at the All-England is great,” said Khe Wei, who will turn 24 on March 18.

“I felt no pain during the match against the Koreans but I can feel it now,” she laughs.

“I must continue to monitor (her ankle condition). It’s been a tough one year for me. I have stayed away from competition for many months. I’m glad that despite all the difficulties, Vivian has stuck by my side.”

Before picking up the injury at last year’s Malaysian Open, Khe Wei-Vivian were riding high. They showed that they were able replacements for former internationals Chin Eei Hui-Wong Pei Tty by winning the Indonesian Open Grand Prix Gold in 2011.

“The injury stalled our progress. I could take the physical pain but it was a mentally taxing experience. I’m stronger now and hope to build from here,” said Khe Wei

Vivian, who will turn 23 a day after Khe Wei’s birthday, feels that the hard work they’ve been putting in under coach Rosman Razak is finally bearing fruit.

“We came here with good preparation. We did well to control the Koreans from the start and we hope to continue playing with confidence against our next opponents,” said Vivian.

Their last eight opponents are sixth seeds Mi­­yuki Maeda-Satoko Suetsuna of Japan. The Ma­­­­laysians have beaten them once in three meetings – in the second round of last year’s Ma­­­laysian Open where Khe Wei injured her ankle.

Whatever the outcome, world No. 28 Khe Wei-Vivian’s good showing here will surely help them break into the top 24 – and strengthen their claim for a place in the world meet.

Results:

SECOND ROUND

Men’s singles: Tommy Sugiarto (Ina) bt Chou Tien-chen (Tpe) 21-12, 21-8; Nguyen Tien Minh (Vie) bt Sourabh Verma (Ind) 21-19, 21-19; Lee Chong Wei (Mas) bt Wang Zhengming (Chn) 21-17, 21-19; Jan O Jorgensen (Den) bt Sony Dwi Kuncoro (Ina) 11-7 (rtd); P. Kashyap (Ind) bt Kenichi Tago (Jpn) 21-18, 21-12; Tanongsak Saensomboonsuk (Tha) bt Sho Sasaki (Jpn) 21-9, 21-11.

Men’s doubles: Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari (Mas) bt Ricky Karanda Suwardi-Mohd Ulinnuha (Ina) 21-19, 21-15; Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa (Jpn) bt Robert Blair-Tan Bin Shen (Sco-Mas) 17-21, 21-13, 21-14; Liu Xialong-Qiu Zihan (Chn) bt Mathias Boe-Carsten Mogensen (Den) 11-21, 21-11, 27-25; Kim Ki-jung-Kim Sa-rang (Kor) bt Hirokatsu Hashimoto-Noriyasu Hirata (Jpn) 21-18, 21-18; Mohd Ahsan-Hendra Setiawan (Ina) bt Lee Sheng-mu-Tsai Chia-tsin (Tpe) 23-21, 21-16.

Women’s singles: Saina Nehwal (Ind) bt Belaetrix Manuputi (Ina) 21-16, 21-11; Wang Shixian (Chn) bt Jiang Yanjiao (Chn) 21-11, 21-8; Lindaweni Fanetri (Ina) bt Porntip Buranaprasertsuk (Tha) 21-14, 21-10; Tine Baun (Den) bt Li Han (Chn) 21-13, 22-20; Juliane Schenk (Ger) bt P.V. Sindhu (Ind) 21-17, 21-14; Eriko Hirose (Jpn) bt Bae Yeon-ju (Kor) 20-22, 22-20, 21-19.

Women’s doubles: Pia Zebadiah Bernadeth-Rizki Amelia Pradipta (Ina) bt Lee So-hee-Shun Seung-chan (Kor) 21-12, 21-17; Ma Jin-Tang Jinhua (Chn) bt Anggia Shitta Awanda-Greysa Polii (Ina) 21-14, 21-15; Eun Kyung-eun-Kim Ha-na (Kor) bt Poon Lok Yan-Tse Ying Suet (Hkg) 22-20, 21-19; Miyuki Maeda-Satoko Suetsuna (Jpn) bt Anneke Feinya Agustin-Nitya Krishinda Maheswari (Ina) 17-21, 21-12, 21-9; Cheng Shu-Zhao Yunlei (Chn) bt Bao Yixin-Tian Qing (Chn) 21-17, 11-6 (rtd); Vivian Hoo-Woon Khe Wei (Mas) bt Eom Hye-won-Jang Ye-na (Kor) 21-13, 17-21, 21-17.

Mixed doubles: Mohd Rijal-Debby Susanto (Ina) bt Jorrit de Ruiter-Samantha Barning (Ned) 21-12, 21-14; Sudket Prapakamol-T. Saralee (Tha) bt Ong Jian Guo-Lim Yin Loo (Mas) 21-14, 21-13; Tantowi Ahmad-Lilyana Natsir (Ina) bt Kim Ki-jung-Jung Kyung-eun (Kor) 21-5, 21-11; Robert Mateusiak-Nadiezda Zieba (Pol) bt V Diju-Jwala Gutta (Ind) 21-17, 21-16

Blogging Workshop

Date : 9 Mac 2013
Time : 10am-12pm
Venue : Computer Lab, Pre U Block